Friday, 30 April 2010

CiNtA dIaWaNi RaHsIa

tatkala difikir kenapa
jawapan tidak tertimbul
bagi soalan kekeliruan hati
tiada beda dalam senyumanku
sehingga mu sampai
mencorek ketawa dalam kalbu


ku lihat, ku dengar, ku sentuh
karya agungNya di buana
kamu satu-satunya...
kurnia nikmat

kasih dikirim, sayang dibalas
kisah cinta tak terkata
antara kita...
hanya...
aku, kamu dan cinta



dalam sepi mekar cinta
bak hujan ditabung awan
perlahan namun hangat
jauh namun sayang..

harum sungguh kasih kita berdua
bak cendana direnjis air mawar
diselubungi seribu misteri
yang hanya dierti kita berdua
hukum cinta diawani rahsia
aku, kamu dan cinta
sahaja... 



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails